Friday, December 16, 2011

Hikmah Meninggalkan Sifat Bohong

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.

Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia. 







Saturday, July 16, 2011

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus

Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang berada di puncak gading ukm kampus kuala lumpur dalam bidang sains kesihatan.dah nk abis dah pengajiannya.teringat kata2 yus semasa kecil yg dia hendak menjadi profesor masa dah besar nanti.cepatnya masa berlalu.dah besar panjang anak emak.

"Mak......exam toksikologi tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap.td paper last..ada program luar mak.isnin ni insyaAllah yus balik kmpg"

Begitulah bunyi SMS daripada yus. Mak tahu yus sgt sibuk,dgn nk study,program yg banyak,byk jawatan yus pegang..mak dah nasihat byk kali tuk kurangkan aktiviti..tp,mak tahu,anak mak ni mmg degil..dulu masa skola menengah xda seaktif  sekarang.masa cuti kat rumah pun,bukan tahu nak duduk rumah,ada je program dan metingnya..mcm2 ragam anak mak sorg ni.walaupun mak ada ank 10 org.tp,semuanya mak syg samarata..kekadang rindu jugak nk brcakap..tp,mak simpan rindu tu..sesekali menitiskan air mata.mak xnak mengangu anak mak blajar..mak tahu yus sibuk..teringat balik msj yus td.Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

******

Bismillahirrahmanirrahim.

yusri anakku yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan yus. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga yus berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

yus,bagaimana dengan kehidupan,bilik dah kemas x? Mak harap yus pandai berdikari hidup berseorangan dan terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang yus akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.
 yus yang dikasihi...................... .............................. .............................



Saturday, June 25, 2011

keindahan nama Allah

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)

Monday, June 20, 2011

khas untuk yang bergelar muslimah ^_^

  Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
  • Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
  • Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
  • Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
  • Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
  • Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu ?
  • Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.
  • Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
  • Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sunday, June 19, 2011

khas untuk kaum hawa

Hawa....Apabila kamu berkawan dengan lelaki,ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang pertama....kamu jadi seperti kelapa..mudah di perolehi..di parut..di perah..dan di ambil santannya..lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...kamu menjadi sebutir mutiara..berada di dasar lautan..tersimpan rapi..di lindungi kulit..bukan senang nak melihat..apatah lagi mendapatkannya. .hanya orang yang bertuah..berusaha menyelami dasar lautan..dapat memperolehinya. .harganya mahal sekali..dan ia akan tersimpan selamanyaJadi.....kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?di sebalik santan menjadi penyedap makanan di perah segala kenikmatan dengan mudah jatuh menjadi titisan akhirnya habis kari dimakan pulut panggang sisa habis di telan..dan santan hilang tak jadi ingatanyang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam sukar andai mengharap jadi perhatian kerana ia dilapisi kulit yang keras menghadang..namun kiranya di temui insan..akan menjadi permata hiasan..terletak tinggi di cincin idaman atau di leher nan jinjang atau di lengan menawan makin lama mutiara tertanam makin tinggi nilaian..

Oleh itu..tentukan yang mana satu pilihan menjadi santan mudah jadi perhatian tapi hanya sebentar jadi santapan kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. menjadi mutiara sukar di temukan namun bila di hias indah gadis perawan hilang ia... tangisan mengiringi berzaman..^_^

MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA??? 

Wednesday, June 15, 2011

CERITA TAULADAN

pada suatu hari Nabi SAW duduk bersama2 para sahabatnya,maka datanglah seorang pemuda Arab masuk pintu masjid dengan menangis.Maka Rasulullah SAW bertanya: ''Apakah yang menyebabkan engkau menangis,hai pemuda?'' Anak muda itu menjawab: ''Ya Rasulullah,ayah saya telah meninggal,dan tidak mempunyai kain kafan dan tidak ada pula yang memandikannya.'' Maka Nabi SAW menyuruh Abu Bakar r.a dan Umar r.a.Dan keduanya pun pergi kepada si mayat itu,maka mereka melihat bahawa MAYAT itu BERUBAH MENJADI BABI HUTAN berwarna hitam,lalu keduanya kembali kepada Nabi SAW seraya berkata: ''Ya Rasulullah,sesungguhnya kami lihat mayat itu menyerupai babi hutan hitam.'' Nabi SAW bangkit dan pergi ke jenazah itu kemudian baginda berdoa sehingga mayat itu kembali berbentuk manusia kembali.Dan Nabi SAW juga menyembahyangkannya.Ketika orang2 akan menguburkannya, mereka melihat mayat itu berubah lagi menjadi babi hutan. Maka Nabi SAW bertanya kepada anak muda tadi: ''Perbuatan apakah yang dilakukan oleh ayahmu ketika hidup di dunia?'' Anak muda itu menjawab: ''Ayah kami meninggalkan solat.'' Maka Nabi SAW bersabda: ''Ya para sahabatku,lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat, akan dibangkitkan oleh Allah SWT di hari Kiamat seperti babi hutan.'' Sumber:Kitab Bahjatul Anwari.

Pada zaman Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a,ada seorang lelaki yang meninggal dunia.Maka mereka menyembahyangkannya, tiba2 kain kafan mayat itu bergerak2. Mereka bersama2 memperhatikannya, ternyata mereka temui seekor ULAR,yang MEMBELIT LEHER MAYAT dan MEMAKAN DAGING dan MENGHISAP KOTORAN TUBUHnya. Mereka ingin membunuh ular itu.Ular berkata: ''LA ILLAHA ILLALLAH,MUHAMMADUR RASULULLAH'' ''Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu RASULULLAH.'' Mengapa kamu akan membunuh saya,sedangkan saya tidak berdosa,dan tidak bersalah? ''Allah SWT telah memerintah saya supaya menyeksanya sampai hari Kiamat.'' Maka mereka bertanya: ''Apakah kesalahan mayat ini?'' Ular itu menjawab: 1.Dia apabila mendengar azan tidak mendatangi solat berjemaah. 2.Dia tidak mahu menunaikan zakatnya. 3.Dia tidak mahu mendengarkan perkataan para Ulama'. Maka itulah balasannya. (Dari Al-Marsum)

Tuesday, June 14, 2011

You'll be in my heart

Come stop your crying
It will be all right
Just take my hand Hold it tight
I will protect you
from all around you
I will be here
Don’t you cry


For one so small,
you seem so strong
My arms will hold you,
keep you safe and warm
This bond between us
Can’t be broken
I will be here
Don’t you cry





Why can’t they understand
the way we feel
They just don’t trust
what they can’t explain
I know we’re different but,
deep inside us
We’re not that different at all



’Cause you’ll be in my heart
Yes, you’ll be in my heart
From this day on
Now and forever more
You’ll be in my heart
No matter what they say
You’ll be here in my heart, always


And you’ll be in my heart
Yes, you’ll be in my heart
From this day on
Now and forever more
Don’t listen to them
’Cause what do they know
We need each other,
to have, to hold
They’ll see in time
I know


When destiny calls you
You must be strong
I may not be with you

But you’ve got to hold on
They’ll see in time
I know
We’ll show them together

’Cause you’ll be in my heart
Yes, you’ll be in my heart
From this day on,
Now and forever more

Oh, you’ll be in my heart
No matter what they say
You’ll be in my heart, always
Always

Monday, June 13, 2011

Sunday, June 12, 2011

kalimah toyyibah

Dari Abu zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : Allah SWT berfirman : wahai hambaKu, Aku telah mengharamkan kezaliman keatas diriKu dan aku juga telah mengharamkannya berlaku diantara kamu, dan jangalah kamu berlaku zalim. Wahai hambaKu, kamu semua sesat, kecuali mereka yang Aku berikan petunjuk, maka pohonlah petunjukKu. Aku akan berikan petunjuk kepada kamu. Wahai hamba Ku, kamu semua lapar kecuali mereka yang Aku berikan makanan, mohonlah makanan kepada Ku, nescaya Aku berikan Makanan kepada kamu. wahai hambaKu, kamu semua telanjang kecuali orang yang aku berikan pakaian, oleh itu mohonlah pakaian kepadaKu, Aku akan berikan pakaian kepada kamu , wahai hambaKu, sesunguhna kamu melakukan dosa siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa-dosa. mohonlah pengampunanKu, nescaya Aku ampuni kamu.

wahai hambaKu, jika kamu mahu memberi mudharat kepadaKu, nescaya sekali-kali kamu tidak boleh berbuat demikian dan sekali-kali tidak boleh memberi manafaat. wahai hambaKu, jika orang pertama dikalangan kamu dan orang terakhir dikalangan kamu,semua manusia dan jin yang soleh diantara kamu, tidak akan menambah didalam kerajaan Aku sedikit pun , wahai hambaKu , jika orang yang pertama dan ang terakhir diantara kamu, dikalangan manusia dan jin , mereka semua dari golongan yang fajr, seorang yang sejahat-jahat manusia diantara kamu, tidak akan mengurangi kerajaanKu walau sedikit pun.

Wahai hambaKu, jika orang yang pertama dan terakhir diantara kamu, semua manusia dan jin berdiri di tanah lapang dan memohon kepadaKu dan Aku memberi kepada setiap orang apa yang dimintanya,sedikit pun tidak mengurangi didalam khazanahKu,hanya seperti setitik air dihujung jarum yang dicelupkan di lautan. wahai hambaKu, itulah amalan yang Ku catitkan dan Aku perhitungkan bagi kamu ,kemudian Aku mengimbangai secara penuh kepada kamu ,barangsiapa mendapati kebaikkan , bersukurlah kepada Allah SWT dan barang siapa mendapati yang lain , maka janganlah menyalahkan orang lain kecuali dari dirinya sendiri . (H.R Muslim) 

Friday, June 10, 2011

perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim...

Sahabat seperjuanganku
Dunia fana ini penuh dengan mehnah dan ujian,
Yang terkadang datang menerpa diri kita yang kerdil ini,
Kita terumbang-ambing untuk seketika,
Kerana kita tidak sekuat mana,
Lantas, kita semakin tunduk...
Tunduk hendak menyembah bumi...
Kita tercari-cari
Pautan untuk kita bangkit kembali
Tegak berdiri seperti sediakala

Kita tertanya-tanya
Kenapa begini ?

Aku ingin menjaga diriku dari segala kekusutan dan keaiban duniawi
Aku tak mahu terjebak dengan tipu daya duniawi
Tapi kenapa....
Kenapa ia datang juga kepadaku...?
Aku tak mengerti....

Sahabatku,
Ayuh kita renung sejenak
Kalimah Allah di dalam surah Ali Imran
Apakah kamu mengatakan kamu beriman?
Sedangkan kamu masih belum diuji....
Nah....
inilah jawapannya...
Kekasihmu sedang mengujimu
Sejauh mana cintamu terhadap-Nya

Mencari Cinta Allah Yang Satu
Beerti tiada cinta insani buatmu,
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu,
Kelak, akan ada cinta untukmu,
Dari insan yang mencintai Allah
sebagaimana cintamu terhadap-Nya....

Sahabatku,
Usah kau fikirkan apa kata orang,
Biarkan mereka,
Ayuh kau cari semula

coretan kehidupan

Sahabat, sahabiah…. 
Sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar,
ingatlah akan seseorang yang TIDAK BISA BERBICARA…
Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu,
ingatlah akan seseorang yang TIDAK PUNYA APAPUN untuk dimakan…

Ketika engkau mengeluh tentang orang tuamu,
ingatlah anak-anak yatim piatu yang TAK PERNAH MENGENAL
dan TIDAK MERASAKAN KASIH SAYANG orang tuanya …

Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu,
ingatlah akan seseorang yang MENANGIS kepada Allah
untuk MEMINTA PASANGAN HIDUP…

Ketika engkau lelah dan mengeluh tentang anak-anakmu,
ingatlah orang-orang tua yang HIDUP KESEPIAN sebatang kara
TANPA ADA ANAK-ANAK di sisinya…

Sebelum engkau mengeluh tentang rumahmu yang kotor,
Dan tak ada yang membersihkan atau menyapu lantai,
ingatlah akan golongan yang TINGGAL di jalanan
dan TIDUR di katoran-kotoran itu..

Sebelum mengeluh karena berjalan ke kuliah terlalu jauh,
ingatlah akan orang yang harus BERJALAN KAKI
untuk menempuh JARAK YANG SAMA…

Sebelum engkau mengeluh tentang pekerjaanmu,
ingatlah akan para penganggur, orang-orang cacat,
dan mereka yang MENGINGINKAN PEKERJAANMU
serta RELA MENGGANTIKANMU…

Sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,
ingatlah akan orang yang meninggal mendahuluimu
dalam keadaan BELUM BERTAUBAT…!

Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu,
berterima kasihlah pada Allah
karena engkau MASIH HIDUP dan ADA di dunia ini….

Hidup adalah anugerah
Syukuri
Jalani
Nikmati
Dan isilah…

Antara Kandungan Surah An-Nisaa

barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ketempat yang dituju) maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "An-Nisaa ayt 100"

barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik laki-laki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman. maka mereka itu masuk kedalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sediktpun. ayat 124

dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya pada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikkan dan dia mengikuti agama Ibrahim yang lurus ? dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangNya. ayat 125

sesunguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi , kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka , dan tidak (pula) menunjuki mereka jalan yang lurus.  ayat 137

Thursday, June 2, 2011

Nabi Beriadah Bersama-Sama Isteri


Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh badan akan bergerak aktif dan cergas, seterusknya menjadikan anggota badan lebih segar dan sihat.
Islam menyeru manusia agar hidup sihat. Ekoran dari itu, Islam meletakkan asas bahawa segala aktiviti manusia pada asalnya adalah harus, melainkan jika wujud nas yang menyatakan pengharamannya. Ini bermakna semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus bahkan digalakkan, selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsur-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara qati'i, sahih dan sorih.
Justeru itulah, kita akan dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan. Bermain pedang, memanah dan menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan fizikal dan persenjataan yang dapat menggerunkan musuh-musuh Islam.
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu." (Surah Al-Anfal : 60)
Sirah menunjukkan bahawa Nabi SAW, bukan sekadar bersukan atau beriadhah bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada masa-masa tertentu, Baginda SAW bersukan dan beriadhah bersama isteri-isteri baginda.
Antara kisah Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam melakukan riadhah bersama isterinya  adalah seperti yang terdapat dalam satu hadis Aisyah yang berkata, yang bermaksud :
"Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu."
Dalam riwayat yang lain pula Nabi SAW diceritakan beriadhah dengan isteri ketika Baginda dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. Isteri Baginda, Aisyah RA turut sama dalam permusafiran tersebut.
Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba. (Musnad Ahmad : 22989)
Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lembutnya hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan Nabi SAW adalah manusia yang selalu sibuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya. Peluang dan kesempatan yang ada ketika bermusafir itu digunakan sebaik mungkin untuk bermesra dengan isteri melalui riadhah berlumba lari.
Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya, pasti dilakukan oleh Baginda SAW.
Sebagai isteri, kemesraan suami sebegini memberi kesan mendalam dalam hati dan memahat kenangan indah dalam memori. Buktinya, walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga ke saat Aisyah meriwayatkan hadis ini.
Mudah-mudahan para suami di zaman ini mencontohi sifat mesra dan romantik Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam ini. Usahlah anggap kedudukan sebagai suami itu sebagai status yang menghalang isteri anda bergembira dan ceria walau ketika anda sibuk sekali pun.