pada suatu hari Nabi SAW duduk bersama2 para sahabatnya,maka datanglah seorang pemuda Arab masuk pintu masjid dengan menangis.Maka Rasulullah SAW bertanya: ''Apakah yang menyebabkan engkau menangis,hai pemuda?'' Anak muda itu menjawab: ''Ya Rasulullah,ayah saya telah meninggal,dan tidak mempunyai kain kafan dan tidak ada pula yang memandikannya.'' Maka Nabi SAW menyuruh Abu Bakar r.a dan Umar r.a.Dan keduanya pun pergi kepada si mayat itu,maka mereka melihat bahawa MAYAT itu BERUBAH MENJADI BABI HUTAN berwarna hitam,lalu keduanya kembali kepada Nabi SAW seraya berkata: ''Ya Rasulullah,sesungguhnya kami lihat mayat itu menyerupai babi hutan hitam.'' Nabi SAW bangkit dan pergi ke jenazah itu kemudian baginda berdoa sehingga mayat itu kembali berbentuk manusia kembali.Dan Nabi SAW juga menyembahyangkannya.Ketika orang2 akan menguburkannya, mereka melihat mayat itu berubah lagi menjadi babi hutan. Maka Nabi SAW bertanya kepada anak muda tadi: ''Perbuatan apakah yang dilakukan oleh ayahmu ketika hidup di dunia?'' Anak muda itu menjawab: ''Ayah kami meninggalkan solat.'' Maka Nabi SAW bersabda: ''Ya para sahabatku,lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat, akan dibangkitkan oleh Allah SWT di hari Kiamat seperti babi hutan.'' Sumber:Kitab Bahjatul Anwari.
Pada zaman Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a,ada seorang lelaki yang meninggal dunia.Maka mereka menyembahyangkannya, tiba2 kain kafan mayat itu bergerak2. Mereka bersama2 memperhatikannya, ternyata mereka temui seekor ULAR,yang MEMBELIT LEHER MAYAT dan MEMAKAN DAGING dan MENGHISAP KOTORAN TUBUHnya. Mereka ingin membunuh ular itu.Ular berkata: ''LA ILLAHA ILLALLAH,MUHAMMADUR RASULULLAH'' ''Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu RASULULLAH.'' Mengapa kamu akan membunuh saya,sedangkan saya tidak berdosa,dan tidak bersalah? ''Allah SWT telah memerintah saya supaya menyeksanya sampai hari Kiamat.'' Maka mereka bertanya: ''Apakah kesalahan mayat ini?'' Ular itu menjawab: 1.Dia apabila mendengar azan tidak mendatangi solat berjemaah. 2.Dia tidak mahu menunaikan zakatnya. 3.Dia tidak mahu mendengarkan perkataan para Ulama'. Maka itulah balasannya. (Dari Al-Marsum)
No comments:
Post a Comment