Sunday, June 12, 2011

kalimah toyyibah

Dari Abu zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : Allah SWT berfirman : wahai hambaKu, Aku telah mengharamkan kezaliman keatas diriKu dan aku juga telah mengharamkannya berlaku diantara kamu, dan jangalah kamu berlaku zalim. Wahai hambaKu, kamu semua sesat, kecuali mereka yang Aku berikan petunjuk, maka pohonlah petunjukKu. Aku akan berikan petunjuk kepada kamu. Wahai hamba Ku, kamu semua lapar kecuali mereka yang Aku berikan makanan, mohonlah makanan kepada Ku, nescaya Aku berikan Makanan kepada kamu. wahai hambaKu, kamu semua telanjang kecuali orang yang aku berikan pakaian, oleh itu mohonlah pakaian kepadaKu, Aku akan berikan pakaian kepada kamu , wahai hambaKu, sesunguhna kamu melakukan dosa siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa-dosa. mohonlah pengampunanKu, nescaya Aku ampuni kamu.

wahai hambaKu, jika kamu mahu memberi mudharat kepadaKu, nescaya sekali-kali kamu tidak boleh berbuat demikian dan sekali-kali tidak boleh memberi manafaat. wahai hambaKu, jika orang pertama dikalangan kamu dan orang terakhir dikalangan kamu,semua manusia dan jin yang soleh diantara kamu, tidak akan menambah didalam kerajaan Aku sedikit pun , wahai hambaKu , jika orang yang pertama dan ang terakhir diantara kamu, dikalangan manusia dan jin , mereka semua dari golongan yang fajr, seorang yang sejahat-jahat manusia diantara kamu, tidak akan mengurangi kerajaanKu walau sedikit pun.

Wahai hambaKu, jika orang yang pertama dan terakhir diantara kamu, semua manusia dan jin berdiri di tanah lapang dan memohon kepadaKu dan Aku memberi kepada setiap orang apa yang dimintanya,sedikit pun tidak mengurangi didalam khazanahKu,hanya seperti setitik air dihujung jarum yang dicelupkan di lautan. wahai hambaKu, itulah amalan yang Ku catitkan dan Aku perhitungkan bagi kamu ,kemudian Aku mengimbangai secara penuh kepada kamu ,barangsiapa mendapati kebaikkan , bersukurlah kepada Allah SWT dan barang siapa mendapati yang lain , maka janganlah menyalahkan orang lain kecuali dari dirinya sendiri . (H.R Muslim) 

No comments:

Post a Comment