Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang berada di puncak gading ukm kampus kuala lumpur dalam bidang sains kesihatan.dah nk abis dah pengajiannya.teringat kata2 yus semasa kecil yg dia hendak menjadi profesor masa dah besar nanti.cepatnya masa berlalu.dah besar panjang anak emak.
"Mak......exam toksikologi tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap.td paper last..ada program luar mak.isnin ni insyaAllah yus balik kmpg"
Begitulah bunyi SMS daripada yus. Mak tahu yus sgt sibuk,dgn nk study,program yg banyak,byk jawatan yus pegang..mak dah nasihat byk kali tuk kurangkan aktiviti..tp,mak tahu,anak mak ni mmg degil..dulu masa skola menengah xda seaktif sekarang.masa cuti kat rumah pun,bukan tahu nak duduk rumah,ada je program dan metingnya..mcm2 ragam anak mak sorg ni.walaupun mak ada ank 10 org.tp,semuanya mak syg samarata..kekadang rindu jugak nk brcakap..tp,mak simpan rindu tu..sesekali menitiskan air mata.mak xnak mengangu anak mak blajar..mak tahu yus sibuk..teringat balik msj yus td.Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.
******
Bismillahirrahmanirrahim.
yusri anakku yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan yus. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga yus berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.
yus,bagaimana dengan kehidupan,bilik dah kemas x? Mak harap yus pandai berdikari hidup berseorangan dan terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang yus akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.
Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.
yus yang dikasihi...................... .............................. .............................
No comments:
Post a Comment