Monday, January 16, 2012

IKHLAS ITU INDAH



Ikhlas juga beerti setiap apa yang kita lakukan itu tidak mengharapkan apa-apa faedah, gelaran, pujian, kemuliaan dan pangkat dari sesiapa melainkan Allah s.w.t semata-mata. Islam mewajibkan setiap umatNya melakukan setiap amalan dengan ikhlas kerana ia merupakan inti pati dan penentu penerimaan amalan. 


Firman Allah s.w.t :

"Padahal mereka tidak diperintahkan, melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar" (al-Bayyinah:5)

Setiap amalan yang ikhlas kerana Allah s.w.t akan diangkat dan diterima olehNya. Amalan yang dilakukan dengan tidak ikhlas pula bukan sahaja tidak diterima malah menjurus kepada kemurkaan Allah s.w.t. Niat dan keikhlasan adalah saling berkait rapat. Keikhlasan akan terbit dari apa yang diniatkan. Hal ini telah disebut dalam hadith daripada Umar r.a, 

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu"(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah r.a, 


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya diketahui oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain mengetahuinya (dan hanya itulah balasannya). Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya dilihat oleh orang lain, nescaya Allah akan membuat orang lain melihatnya (dan hanya itulah balasannya)."(riwayat Bukhari dan Muslim)




Pujian dan celaan sering kali menjadi ujian dan cabaran yang besar buat insan yang beramal dengan ikhlas. Keikhlasan tidak menyebabkan diri terpengaruh atau terjejas ketika dipuji atau dikritik. Jika melakukan amalan hanya untuk mengharapkan pujian, maka keikhlasannya adalah diragui. Adapun begitu, jika dengan pujian membuatkan keikhlasannya tidak berubah, maka itu adalah suatu kebaikan buat seseorang muslim. Abu Zar r.a berkata. Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w :

"Bagaimanakah tentang seseorang yang berbuat kebajikan, lalu ada orang memujinya, sedangkan niatnya ikhlas kerana Allah?. Baginda menjawab: itu adalah kegembiraan awal yang diberikan kepada seorang Mukmin"(riwayat Muslim)

Friday, January 6, 2012

adakah anda bersedia ???

Mati. Setiap yang bernyawa pasti dan akan mati. Bercerai roh dari jasad. Tahukah anda bila anda akan mati? Bersediakah anda untuk mati? Jika ditanya pada aku, sudah pasti jawapannya, aku masih tidak bersedia! Kenapa masih tidak bersedia?

Bukan untuk menikmati keindahan duniawi, bukan juga masih tidak puas hidup di dunia yang penuh godaan ini, tetapi mengenangkan terlalu banyak dosa yang masih belum di-top up dengan pahala, amalan yang amat sedikit apatah lagi Iman yang ibarat roda, turun dan naik. Sekejap di atas sekejap di bawah, aku terlalu takut dan malu untuk mengadap-Nya.

Pernahkah anda terfikir yang anda akan mati dengan tiba-tiba tanpa sebarang petanda? Aku pernah dan selalu. Tidak mengira masa terutamanya apabila berbaring untuk melelapkan mata, aku akan termenung sejenak. Merenung syiling yang bersawang, dalam cahaya yang samar."Macam mana agaknya kalau Allah tiba-tiba nak cabut nyawa aku?" Aku fikir dengan mendalam dan selalunya datang perasaan gemuruh, gentar. Serius. Kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini.


Pernah, selalunya bila hampir terlelap, tiba-tiba datang perasaan seolah-olah nyawa hendak pergi. Terkejut. Terus beristighfar seraya bermonolog, "Ya Allah, jangan ambil nyawa aku lagi, jangan! Aku masih tidak bersedia lagi ya Allah!"

Cuba anda fikirkan sejenak, hari ni kita tengok orang itu meninggal, orang ini meninggal, kita bersedih untuk orang itu dan menangis untuk orang ini. Tetapi, cuba anda bayangkan esok pula orang menangis untuk anda.

"Ya Allah, layakkah aku untuk ke Syurga-Mu?" Aku bertanya.

Habis itu apa yang menjamin kita untuk ke Syurga Allah?

Jawapannya ringkas saja, "Keredhaan Allah". Keredhaan Allah yang membenarkan kita untuk menjejakkan kaki ke Syurga nan indah itu. Wallahualam.

Jadi, setiap perkara yang kita lakukan, biarlah mendapat keredhaan-Nya. Apa jua perkara sekalipun. Muhasabahkan diri.

Apabila anda bersendirian, keadaan sunyi sepi.. cuba pejamkan mata. Bayangkan sudah tiba masanya untuk anda pergi selamanya. Sakit bukan kepalang.. luka terhiris sembilu sudah pedih, apatah lagi roh yang hendak bercerai dari jasad.

Anggota badan anda tidak dapat bergerak, bermula dari bawah.. perlahan-lahan ke atas. Deria anda yang terakhir yang dapat berfungsi ialah telinga. Saat itu, semuanya sudah gelap gelita, hanya dapat mendengar bunyi persekitaran.

Telinga adalah deria terakhir yang berfungsi sebelum roh meninggalkan jasad. Sebab itulah kita dikehendaki membisikkan kalimah syahadah di kala seseorang sudah nazak. Nazak bermakna nyawa sudah sampai ke penghujungnya.

Memuhasabah diri sedikit sebanyak dapat membantu kita, sejauh manakah kesedaran kita.. kesediaan kita untuk mati. Jangan sedar saja, hendaklah disusuli dengan amalan yang diredhai-Nya. Aku berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian. Moga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T.




Wednesday, January 4, 2012

kasih Sayang Allah S.W.T



Sahabat sesungguhnya tidakkah kalian tahu bahawa Allah itu Maha Penyayang. Sifat penyayangnya begitu besar. Buktinya dikurniakan kita pelbagai nikmat sehinggakan kita sendiri tidak terhitung akan nikmatnya.

Sahabat, tidakkah kalian tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun sesugguhnya. Allah S.W.T dengan begitu mudah memaafkan hambanya yang banyak melakukan kesalahan terhadapnya. Dia yang melahirkan dalam diri hambanya sifat untuk saling memaafi, maka mengapakah kita tidak percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun.

firman-Allah" Katakan,hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"(Al-Zumar 39: 53).Maka semakin bertambahlah harapanku untuk mendapatkan maghfirah dan rahmat-Mu!" Allah S.W.T kemudian berfirman,"Pergilah engkau, sesungguhnya Aku telah mengampunimu!" 



Walau sebesar manapun dosa yang telah kita lakukan walau sejauh manapun kita tersasar dari jalan kebenaran kta tidak boleh berputus asa mengharap keampunannya.Malah kita harus berterusan berdoa agar kelak kita akan diampuni oleh-Nya dan bertaubatlah atas dosa yang kita lakukan,kerana Allah juga Maha Penerima Taubat.Wallahualam.